Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Friday, 4 October 2013

DIABETES @ KENCING MANIS....

Kencing Manis (Diabetes Mellitus) merupakan keadaan di mana terdapat glukos di dalam air kencing seseorang. Ini disebabkan glukosa (gula) dalam darah tidak dapat dicernakan oleh badan disebabkan oleh sama ada kekurangan penghasilan insulin, kurang kebersanan insulin, atau kedua – duanya sekali. Glukos yang berlebihan itu akan dikeluarkan bersama air kencing. Kencing manis boleh menyebabkan masalah lain dan kematian, bagaimanapun pengidap kencing manis boleh mengambil langkah-langkah untuk mengawal atau mengurangkan risiko masalah sampingan.

Secara umumnya diabetes merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan ketinggian kandungan glukosa dalam darah (hyperglyceamia) terutamanya selepas pengambilan makanan.

Keadaan ini berlaku kerana hormon insulin yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas bagi membakar tenaga tidak mencukupi ataupun tidak berfungsi dengan berkesan, menyebabkan gula dalam darah tidak dapat dipergunakan. Oleh itu, kandungan paras gula tetap tinggi di dalam darah.


Terdapat dua jenis diabetes iaitu jenis pertama yang juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM), di mana hormon insulin tidak dihasilkan dengan secukupnya ataupun tiada langsung.Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mengalami simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja lagi. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk pengawalan tahap glukosa darah.


Diabetes jenis kedua pula disebabkan hormon insulin tidak berfungsi dengan berkesan (NIDDM). Pesakit biasanya memerlukan ubat-ubatan dan melakukan pengubahsuaian gaya hidup.Manakala diabetes jenis ketiga berlaku pada sesetengah kes kehamilan tetapi ia akan hilang dengan sendiri.

Luka dikalangan pesakit Diabetes menggambarkan satu kecederaan yang serius dan kritikal serta mendatangkan komplikasi yang memudaratkan. Antaranya seperti infeksi, nekrosis, septisemia, kehilangan anggota dan lain – lain lagi. Keadaaan luka ini menjadi lebih teruk sekiranya daya pertahanan badan menjadi lemah akibat kekurangan darah dan zat makanan. Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada terhalangnya proses sembuhan. Faktor – faktor tersebut merangkumi pelbagai perkara seperti umur, pemakanan, pengetahuan, amalan cara hidup sihat, adat dan budaya (pantang larang) sikap, pekerjaan dan taraf hidup seseorang pesakit.

Kencing manis di klasifikasikan kepada.

A) Diabetes yang bergantung kepada insulin (IDDM atau diabetes Jenis I).
B) Diabetes yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM atau diabetes Jenis II)



Diabetes Jenis I (IDDM)
-jarang berlaku tetapi keadaannya lebih teruk
-terjadi di kalangan mereka yang lebih muda antara umur 10 hingga 16 tahun
-terjadi begitu cepat (pengeluaran insulin dari pankreas dimusnahkan).
-tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes
-tidak dikaitkan oleh kegemukan atau obesiti.
-pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala amaran yang serius.
-rawatan pemakanan dan suntikan insulin

Diabetes Jenis II (NIDDM)
-biasa berlaku
-terjadi di kalangan mereka yang lebih dewasa yang berumur 35 tahun ke atas
-mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetis
-terjadi secara perlahan-lahan (insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi menyebabkan paras glukosa darah meningkat).
-kejadian kegemukan sangat tinggi
-merupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi.
-Rawatan pemakanan dan ubat makan suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu).

Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang. Ingat bahawa, komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes Jenis II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. Dapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.

Antara faktor-faktor risiko yang menyebabkan Diabetes ialah berat badan yang berlebihan dimana tidak aktif secara fizikal iaitu kurangnya melakukan senaman. Selain itu, cara pengambilan makanan yang tidak sihat dan sejarah keluarga yang menghidapi diabetes juga juga merupakan faktor risiko. Terdapat juga faktor-faktor lain seperti umur dan penggunaan ubat yang tidak betul.Antara faktor utama yang mendorong kepada peningkatan diabetes ialah pengaruh makanan Barat dan tuntutan gaya hidup masyarakat hari ini yang semakin mencabar. Pesakit diabetes mempunyai risiko serangan jantung dan angin ahmar lebih tinggi daripada orang biasa. Mereka perlu mengawal tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol dengan berhati-hati.




kredit : kencingmanis1001.blogspot.com/2012/10/diabetes-kencing-manis.html




Sedikit sebanyak saya kongsikan bersama artikel mengenai kencing manis dan bahayanya kencing manis  @ diabetes terhadap kita. Di Malaysia, penyakit diabetes semakin menular dikalangan ramai orang , tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes. DIABETES AKAN MEMBAWA KEPADA
  • PENYAKIT JANTUNG
  • PENYAKIT BUAH PINGGANG
  • LUKA LAMBAT SEMBUH 
  • HILANG FUNGSI SARAF 
  Ingin saya syorkan kepada anda semua mencuba SUGAR CONTROL SET SHAKLEE . Set ini membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan pengidap kencing manis.Antara kebaikan set ini:




  • MENGEKALKAN PARAS GULA SIHAT DALAM DARAH
  • MELEGAKAN KEBAS DAN SEMUT-SEMUTSN
  • MEMBANTU MENYEMBUHKAN LUKA

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Thursday, 3 October 2013

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN AIR PUTIH aka AIR KOSONG!!!!!!

MORNING MORNING SEMUA!!!!!!! Semoga anda semua sihat dan mampu meneruskan kehidupan seharian kita sebagai seorang manusia yang berhemah, beriman dan bertanggungjawab. Saya paling suka waktu pagi...Bangun awal dalam 5.30pg (Sarawak ni awal terangnye ye!!)...Sebelum apa-apa kita minum dulu air kosong @ air suam....ADA BAIKNYA KITA MINUM AIR BANYAK-BANYAK NI...

Salah satu waktu yang paling baik untuk minum air putih adalah pagi hari setelah kita bangun tidur. Mengapa?Pada saat itu, tubuh kita terbangun dari istirahat dan proses pemulihan semalaman. Namun selama itu pula kita kehilangan banyak cairan. Jadi, sangat dianjurkan untuk mengonsumsi air putih begitu bangun tidur. Selain itu, masih ada lima manfaat di bawah ini yang perlu Anda ketahui.

1. Menyeimbangkan Sistem Limpa
Air di pagi hari boleh membantu menyeimbangkan sistem limpa. Dengan menghidratkan tubuh, kita akan mencapai fungsi tubuh yang optimum di mana cecair tubuh akan menjadi lebih seimbang dan mampu melawan jangkitan.

2. Kulit Jadi Berkilau, Tampak Lebih Sihat.
Disebabkan amalan minum air putih / kosong itu tadi, badan kita lebih mampu membuang racun di dalam tubuh, maka kulit pun jadi tidak kusam lagi. Bahkan pengambilan air putih setiap pagi setelah bangun tidur boleh membantu membersihkan racun dalam darah sehingga wajah kita tampak cantik dan berkilau.

3. Melangsingkan Tubuh
Ingin tubuh  langsing (Sapelah yang tak nak ekk)? Cubalah minum dua gelas air setiap bangun tidur. Rajin minum air di pagi hari boleh meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 24% saat itu juga.

4. Menambah Darah
Saat kita merasa lemas, pusing dan anemia, ada baiknya minum air dalam jumlah yang cukup. Dengan begitu, kita boleh membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan sel otot.

5. Membersihkan Usus
Dengan meminum air dalam keadaan perut kosong, kita membantu memurnikan usus kembali dan membuatnya lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk berikutnya.
Nah, kalau sudah membaca berbagai manfaat minum air putih ini, masih berfikir kalau air putih itu tidak sedap? Jangan malas minum air putih. Setelah bangun tidur, daripada mengambil remote TV, lebih baik ambil segelas air putih untuk kesihatan Anda.


Kredit : - www.vemale.com

***** Psst....TAPI LAGI BAGUS KALAU PENGAMBILAN AIR PUTIH ITU DISEMPURNAKAN LAGI DENGAN PENGAMBILAN B COMPLEX DAN VITALEA UNTUK MEMBER KESEGARAN DAN "MOOD" YANG BAIK..





Rebutlah peluang ini.......jangan malu bertanya...kalau malu nanti sesat jalan..susah.hehehe..                 ***gambar credit : azinimz.blogspot.com

Followers

Popular Posts